Gempa bumi kuat landa Halmahera, Indonesia

4 Feb 2025 • 7:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pusat gempa bumi itu terletak di 2.9 darjah utara dan 128 darjah timur dengan kedalaman 97 km iaitu 207 km tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia. Foto MetMalaysia

SHAH ALAM - Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 melanda Halmahera, Indonesia jam 5.35 pagi Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak di 2.9 darjah utara dan 128 darjah timur dengan kedalaman 97 kilometer (km) iaitu 207 km tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, ujar MetMalaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.2 turut dilaporkan berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun jam 3.15 pagi Selasa.

Menurutnya, pusat bencana berkenaan terletak di 28.7 darjah utara dan 130.9 darjah timur iaitu 327 km Selatan dari Kagoshima, Jepun dengan kedalaman 43 km.

Bagaimanapun, gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada negara ini.