Gempa bumi kuat landa Indonesia pagi Jumaat, tidak cetus tsunami

24 Feb 2023 • 10:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JAKARTA, 24 FEB: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pada pagi Jumaat, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata Abdul Muhari, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata Yusri A Kasim, ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu “Lingkaran Api Pasifik”.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved