Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan

29 Jan 2023 • 11:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan

KARACHI, Pakistan, 29 Jan (Bernama) -– Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.

Bagaimanapun, tiada korban jiwa atau infrastruktur yang rosak dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Anadolu.

Kejadian berlaku sekitar 12:54 tengah hari (0854GMT) waktu tempatan pada kedalaman 150 kilometer (93 batu) dengan pusat gempa adalah Tajikistan, menurut jabatan meteorologi.

Negara itu terletak di Plat Tektonik Eurasia, yang terkenal dengan aktiviti seismik yang tinggi.

Pada September 2019, lebih 40 orang terbunuh dan lebih 300 cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan Mirpur di Azad Kashmir.

Sumber: BERNAMA

The post Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan appeared first on Siakap Keli.