Gempa bumi lemah berlaku di Kinabatangan

LocalEnvironment
26 Sep 2026 • 10:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

KINABATANGAN: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut di sini pada 5:32 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 5.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur dengan kedalaman 118 kilometer, iaitu 223 kilometer barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 32 kilometer barat daya dari Tongod, Sabah.

Namun menurut MetMalaysia tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Suriyadi Drawis berkata pada 6.26 pagi sepasukan enam anggota bomba menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar Kinabatangan, susulan laporan gempa bumi lemah berpusat di Kuamut di sini.

Beliau berkata rondaan itu melibatkan pemeriksaan di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) Kinabatangan, Perpustakaan Bukit Garam, Bukit Garam Point termasuk kawasan yang dikenal pasti berisiko.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kejadian runtuhan berlaku atau kerosakan struktur pada bangunan yang diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan.

Suriyadi berkata pasukan bertugas turut memberikan nasihat keselamatan kepada penduduk setempat agar berwaspada dengan kemungkinan berlaku gempa susulan. – BERNAMA

The post Gempa bumi lemah berlaku di Kinabatangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved