Gempa Bumi Lemah Gegar Tawau Awal Pagi Tadi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

5 Dec 2024 • 12:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gemba bumi berukuran 2.7 magnitud berlaku di Tawau pagi tadi

Awal pagi tadi, penduduk Tawau dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2.7 magnitud yang berlaku sekitar jam 4.54 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat di 4.5 darjah Utara dan 118.1 darjah Timur dengan kedalaman 10km. Lokasinya dianggarkan 17km ke utara Tawau.

image is not available
Gempa Bumi Lemah Gegar Tawau Awal Pagi Tadi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Gegaran dirasai penduduk

Dalam kenyataan di Facebook, MetMalaysia mengesahkan bahawa gegaran akibat gempa ini dirasai di kawasan sekitar Tawau. Walaupun magnitudnya kecil, ramai penduduk melaporkan rasa gegaran tersebut, terutamanya mereka yang tinggal di bangunan tinggi.

Kalau anda salah seorang yang merasakan gegaran ini, MetMalaysia ingin mendengar pengalaman anda. Anda boleh membantu mereka dengan mengisi borang soal selidik di pautan ini.

Bukan kali pertama

Ini bukan kali pertama kawasan Tawau dilanda gempa bumi kecil. Kali terakhir kawasan ini digegarkan adalah pada 27 September lalu pada jam 2.53 petang, dengan kekuatan yang sama iaitu 2.7 magnitud, terletak 19km dari Tawau.

Apa yang perlu anda lakukan?

Gempa bumi lemah seperti ini biasanya tidak menyebabkan kerosakan besar, tetapi ia tetap satu peringatan tentang pentingnya kita bersedia menghadapi kemungkinan gempa bumi yang lebih besar.

Jadi, sentiasa pastikan:

  • Anda tahu di mana lokasi tempat perlindungan terdekat.
  • Anda simpan kit kecemasan termasuk lampu suluh, makanan tahan lama, dan ubat-ubatan.
  • Anda ikuti perkembangan terkini dari MetMalaysia untuk sebarang amaran atau maklumat lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan: