Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

6 Apr 2024 • 8:31 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar hiasan

WASHINGTON - Gempa bumi dengan magnitud 4.8 menggegarkan negeri timur laut Amerika Syarikat, New York dan New Jersey pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Satu gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda barat Manhattan dan dapat dirasai di seluruh New York," Gabenor New York Kathy Hochul berkata dalam laman X (dahulunya Twitter).

"Pasukan saya sedang menilai impak dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku dan akan memberikan kemas kini kepada orang ramai sepanjang hari," katanya dalam hantaran itu.

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan dilaporkan setakat ini. - BERNAMA-ANADOLU