Gempa Bumi Sederhana 5.1 Dilapor Gegar Utara Filipina Sebentar Tadi

Politics
24 Nov 2022 • 11:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Satu kejadian gempa bumi dilapor melanda kawasan utara Filipina sebentar tadi, kira-kira pukul 11.05 malam.

Menurut United States Geological Survey (USGS), gempa bumi berkenaan berlaku pada kekuatan tahap sederhana iaitu 5.1 magnitud. Pusat bagi gegaran tersebut dikesan terletak pada 98 kilometer dari Vigan City, Ilocos Sur pada kedalaman 39.9 km.

Setakat ini, tiada amaran tsunami diberikan terhadap kawasan-kawasan sekitar pusat gegaran tersebut. Tiada maklumat mengenai kerosakan harta benda awam atau kemalangan jiwa yang dialami penduduk tempatan yang dilaporkan mana-mana media tempatan.

Baru-baru ini, wilayah Asia Tenggara dikejutkan dengan insiden gempa bumi di wilayah Cianjur, Barat Jawa di Indonesia. Siakap Keli ada melaporkan insiden terbabit menerusi sebuah artikel.

image is not available
Keratan artikel terdahulu

Dalam laporan tersebut, gempa bumi berskala 6.1 magnitud telah memusnahkan bangunan di sekitar bandar tersebut serta meragut nyawa sebanyak 270 orang, termasuklah 20 kanak-kanak.