Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Jawa

13 Sep 2023 • 2:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Jawa

Gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Laut Jawa, Indonesia pada jam 1.34 tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berukuran 5.1 magnitud itu berlaku di 122 km Utara dari Semarang, Indonesia.

Pusat gempa bumi dikatakan terletak di 5.9° S dan 110.2° T dengan kedalaman 659 km.

Bagaimanapun sehingga setakat ini, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan akan berlaku ekoran gempa sederhana tersebut.

Sumber: MetMalaysia