Gempa bumi sederhana landa selatan Laut Maluku, Indonesia

8 Mar 2023 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 179 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 72km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA