Gempa Bumi: Sumbangan Boleh Dibuat Melalui Akaun Rasmi Kedutaan Turkiye Di Malaysia

10 Feb 2023 • 4:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi: Sumbangan Boleh Dibuat Melalui Akaun Rasmi Kedutaan Turkiye Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Kedutaan Turkiye di Malaysia hari ini memaklumkan bahawa sumbangan untuk operasi mencari dan menyelamat gempa bumi di Turkiye boleh dibuat dalam Ringgit Malaysia melalui pindahan bank ke nombor akaun rasmi.

Sumbangan akan segera disalurkan kepada agensi kemanusiaan rasmi, menurut kedutaan.

Transaksi boleh dibuat melalui:

Kedutaan Republik Turki

Bank CIMB (No Akaun: 8008447369)

Jenis Akaun: RM

Menurut angka rasmi terkini, lebih 16,540 orang terbunuh manakala 66,130 yang lain cedera di 10 wilayah Turkiye setakat ini, berikutan dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang menggegarkan wilayah selatan negara itu pada Isnin.

Gempa bumi kuat itu turut menjejaskan negara jiran Syria dengan hampir 1,347 orang dilaporkan terkorban dan lebih 2,295 yang lain cedera. Kesan gempa bumi juga dilaporkan dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Pada Selasa, Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa, bagi memastikan misi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved