Gempa bumi Turkiye: Anjing pengesan turut jadi 'wira' bantu misi SAR

11 Mar 2023 • 1:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANTALYA (Turkiye: Anjing pengesan yang dikenali sebagai Ocak dianggap sebagai ‘wira’ kerana turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Kahramanmaras Turkiye yang dilanda gempa bumi kuat pada Februari lalu.

Ocak terlibat dalam operasi SAR oleh Antalya Gendarmerie Search and Rescue (JAK) dan dalam masa 16 hari anjing itu telah berjaya mengesan enam mangsa, lapor Agensi Anadolu.

Kini, Ocak kembali semula ke Antalya dan menyambung latihan harian di bawah seliaan Sarjan Muhammed Turan.

Turan berkata Ocak mula bekerja sebagai anjing SAR selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Kuda dan Anjing Gendarmerie Nevsehir selama 52 minggu.

“Dalam misi mencari dan menyelamat, setiap minit dan setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih kepada deria bau dan naluri anjing, ia membantu misi mengesan lebih pantas dan mudah,” katanya.

Turan berkata beliau dan Ocak telah bekerja bersama selama lima tahun. -Bernama