Gempa bumi Turkiye dan Syria: Lebih 8,000 terkorban, angka kematian terus meningkat

8 Feb 2023 • 1:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HATAY (Turkiye): Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Türkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.

Bercakap pada sidang akhbar, Oktay berkata jumlah yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu seramai 34,810.

“Kehilangan setiap seorang rakyat amat menyedihkan kami,“ lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Oktay.

Beliau berkata pihak berkuasa masih meneruskan misi mencari dan menyelamat.

Sebanyak 5,775 bangunan runtuh dan lebih 8,000 orang diselamatkan.

Pada awal pagi Isnin, gempa bumi bemagnitud 7.7 menggegarkan Kahramanmaras, diikuti gegaran berkekuatan 7.6 pada skala Richter itud kira-kira sembilan jam kemudian yang menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Gempa bumi turut memusnahkan negara jiran Syria.

Menurut dpa, 2,270 orang terbunuh berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan dan organisasi penyelamat White Helmets. -Bernama