Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar

9 Feb 2023 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sazali Mustafa Kamal. - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan gempa bumi di Gaziantep, Turkiye, kata Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dalam rakaman video yang dikongsi dengan Astro AWANI pada Khamis.

Menurut Sazali Mustafa, yang terbaharu ialah dua pelajar yang kini ditempatkan di Kedutaan Malaysia.

"Kedutaan menerima dua pelajar Malaysia yang baru keluar daripada Gaziantep, kini berada di kedutaan dan selamat dan sihat. Mereka adalah Zahirul Amin Mohamad dari Segamat, Johor dan Wan Isyraf Haziq Wan Azmany dari Selangor.

"Selain daripada itu daripada 16 rakyat Malaysia berada di kawasan bencana sebelum ini, hanya tinggal lapan berada di kawasan bencana dan semua mereka sihat dan selamat," jelasnya.

Tambah Sazali, kerjasama erat antara Kedutaan Malaysia dan kerajaan tempatan dapat menempatkan lapan rakyat Malaysia itu di tempat yang selamat.

"Pada masa ini, ini sahaja maklumat dapat saya kongsi... saya harap rakyat Malaysia mendoakan keselamatan pasukan kita mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa akibat gempa bumi ini," jelasnya lagi. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved