Gempa di Pulau Flores, angka korban cecah 20 orang

15 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gempa di Pulau Flores, angka korban cecah 20 orang

JAKARTA – Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 dan beberapa kejutan lanjur kuat yang melanda perairan Pulau Flores di timur Indonesia meningkat kepada 20 orang, menurut seorang pegawai kecemasan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pegawai Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere Fathur Rahman memberitahu sebuah saluran berita bahawa 20 orang maut, enam cedera, manakala dua yang lain masih tertimbus.

Gabenor wilayah Nusa Tenggara Timur Melki Laka Lena pada sidang media di Kupang berkata beberapa bangunan dan kediaman rosak, manakala beberapa jalan terputus atau terhalang akibat tanah runtuh.

Gabenor itu berkata pihak berkuasa masih mengumpulkan data bagi menilai keseluruhan tahap kemusnahan.

Susulan gempa bumi itu, beberapa penerbangan ke wilayah Nusa Tenggara Timur dibatalkan.

Konsulat Jeneral China di Denpasar mengeluarkan notis pada pagi Sabtu, mengingatkan rakyat China khususnya pelancong di Labuan Bajo, supaya terus berwaspada.

Konsulat China menggesa mereka supaya memantau dengan teliti amaran gempa bumi dan bencana tempatan, berwaspada terhadap risiko kejutan lanjur dan tsunami serta menjauhi kawasan pantai.

Gempa bumi yang berpusat berhampiran bandar Mbay di Kabupaten Nagekeo itu berlaku pada awal pagi Sabtu dan mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditamatkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia. – Bernama

The post Gempa di Pulau Flores, angka korban cecah 20 orang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved