Gempa Kuat 7.0 Magnitud Landa Kepulauan Solomon

22 Nov 2022 • 11:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Kuat 7.0 Magnitud Landa Kepulauan Solomon

Satu gegaran gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud pada skala Richter melanda Kepulauan Solomon di Honiara pada hari ini, lapor The Guardian.

Difahamkan, bencana itu menyebabkan sebahagian bangunan musnah hingga terputus bekalan kuasa dan gangguan komunikasi serta radio.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di dasar laut berhampiran Malango.

Susulan itu, USGS telah mengeluarkan amaran tsunami namun ditarik semula tidak lama kemudian.

Gempa susulan turut dilaporkan berlaku dengan mencatatkan gegaran berukuran 6.0 magnitud berhampiran kawasan tersebut 30 minit kemudian.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata gempa tersebut turut menyebabkan bumbung bangunan suruhanjaya tinggi di negara berkenaan runtuh.

“Semua kakitangan suruhanjaya tinggi Australia selamat namun seluruh penduduk di Kepulauan Solomon terputus hubungan.

“Kami telah menghubungi Perdana Menteri Solomon, Manasseh Sogavare bahawa Australia sedia memberikan bantuan,” katanya.

Tambahan lagi, seorang wartawan Agency France Press (AFP) berkata gegaran itu dapat dirasai dan berlarutan selama kira-kira 20 saat.

Sumber: The Guardian