Gempa Kuat Di Rusia, Amaran Tsunami Dikeluarkan Di Pantai Pasifik Jepun
Agensi cuaca Jepun pada Rabu mengeluarkan amaran tsunami sehingga tiga meter di pantai Pasifiknya selepas gempa bumi 8.7 magnitud melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia.
“Nasihat tsunami telah dikeluarkan setakat 8.37 pagi pada 30 Julai,” kata Agensi Meteorologi Jepun menerusi laman X.
Agensi itu turut memberi amaran bahawa tsunami akan berlaku berulang kali. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan tidak mendekati kawasan laut.
“Jangan masuk ke laut atau mendekati pantai sehingga amaran ditarik balik,” tegas agensi itu.
Maklumat lanjut akan menyusul
Kredit: AFP
The post Gempa Kuat Di Rusia, Amaran Tsunami Dikeluarkan Di Pantai Pasifik Jepun appeared first on Siakap Keli.



