Gempa landa tengah New Zealand, dan Michoacan di Mexico

22 Sep 2022 • 7:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WELLINGTON: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan tengah New Zealand pada petang Khamis, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand.

Gempa berlaku pada 21:07 waktu tempatan (0907 GMT) 30 km timur laut Pas Perancis di hujung utara Pulau Selatan New Zealand, pada kedalaman 51 km, kata GNS Science, yang menyifatkannya sebagai “gempa bumi yang kuat”, lapor Xinhua.

Gegaran itu dirasai di Wellington dan di seluruh tengah New Zealand. Lebih 44,000 orang dilaporkan merasai gegaran itu dan tiada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan struktur setakat ini.

New Zealand kerap mengalami aktiviti seismik kerana terletak di hujung barat daya zon besar yang berbentuk ladam gunung berapi dan gempa bumi, di sekitar pinggir Lautan Pasifik -- yang disebut Lingkaran Api Pasifik.

Sementara itu, di Mexico gempa bumi dengan magnitud 6.8 menggegarkan wilayah Michoacan, pada 0616 GMT Khamis, menurut Tinjauan Geologi AS.

Menurut Xinhua, pusat gempa, dengan kedalaman 24.119 km, pada mulanya dikesan pada 18.3081 darjah lintang utara dan 102.9226 darjah bujur barat.-Bernama