Gempak! iMedia Bawa Pulang 8 Anugerah Yang Dicalonkan Di MDA 2025

LocalEntertainment
13 Jun 2025 • 7:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Baru-baru ini, iMedia dengan bangganya mengumumkan kejayaan besar di Malaysian Digital Awards (MDA) 2025 selepas berjaya memenangi lapan anugerah yang dicalonkan.

Susulan berjaya merangkul lapan anugerah, ini membuktikan kepimpinan syarikat ini dalam menyampaikan penyelesaian digital yang inovatif, kreatif dan memberi impak tinggi.

Bukan itu saja, malah kejayaan di MDA 2025 ini mengukuhkan lagi komitmen iMedia terhadap kecemerlangan serta keupayaan dalam menghasilkan capaian yang boleh mengukuhkan strategi inovasi dan kreativiti yang mengubah landskap.

Kemenangan paling gempak!

Kemenangan paling besar ketika MDA 2025 ini adalah kempen Honor – How Honor’s Steamboat Drama Went Viral, di mana telefon dilemparkan ke dalam steamboat panas dan itu membuatkan video berkenaan menjadi viral hingga berjaya memenangi Gold untuk Best Use of Social Media Platform.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, iMedia juga gempak dengan kempen jenama-jenama yang lain, di mana tidak disangka-sangka:

image is not available

image is not available

Darlie (Silver) – Macam mana ubat gigi 90 tahun boleh trending kat TikTok Gen Z?

Vochelle (Silver) – Coklat tempatan pun boleh tembus pasaran China!

Foodpanda (Bronze) – Bila bagi influencers kawal naratif, hasilnya memang asli dan win

Siapa kata konten client je menang, iMedia pun ada juga!

image is not available

Bukan sekadar konten client saja berjaya memenangi anugerah pada malam berkenaan tetapi iMedia sendiri juga menang Best Digital Publisher of The Year (Bronze) untuk projek bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril.

Untuk Rising Star pula, Social Media Manager mereka iaitu Leslie Audrey Lawrence turut membawa pulang anugerah Silver yang menunjukkan dirinya seorang gadis muda berbakat!

Tahniah iMedia atas kejayaan gempak ini! Semoga terus kekal gempak di masa hadapan.

image is not available 2 days ago

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Hadapi 15 Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah