Gempar! Babi Hutan Sesat Pecahkan Cermin Pintu Pejabat Hospital Sik

3 Aug 2022 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hospital Sik semalam dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan yang sesat. - Gambar ihsan Media Sosial

SIK - Kalangan pelawat dan kakitangan di Hospital Sik semalam dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan yang sesat dan merempuh masuk ke sebuah pejabat di situ. 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.55 tengah hari.

"Saya difahamkan kejadian itu berlaku apabila haiwan berkenaan tiba-tiba memasuki kawasan hospital dan merempuh ke dalam pejabat Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) di situ. 

"Insiden terbabit menyebabkan dua pintu kaca di pejabat tersebut pecah. Bagaimanapun tiada kemalangan mahu pun kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Getaran, malam tadi. 

Kejadian itu turut tular di media sosial, menerusi paparan beberapa foto serta video yang menampakkan babi hutan berkenaan seolah-olah ketakutan apabila ‘tersesat’ dalam pejabat tersebut. 

Mengulas lanjut Othman berkata, pihak hospital pada mulanya menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap haiwan terbabit.

"Bagaimanapun babi hutan itu berjaya melarikan diri dari pejabat berkenaan ke arah hutan berdekatan," katanya. - Getaran 3 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved