Gempar, Penduduk Dakwa Jumpa Buaya Tersesat Dalam Parit Di Tanjong Karang

Entertainment
27 Aug 2023 • 12:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempar, Penduduk Dakwa Jumpa Buaya Tersesat Dalam Parit Di Tanjong Karang

Penduduk di Kampung Parit Serong, Tanjong Karang gempar apabila dikejutkan dengan penemuan seekor buaya yang dikatakan tersesat di dalam sebuah parit di kampung itu, lapor Sinar Harian.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi pada jam 3 petang tadi selepas satu video berkenaan penemuan buaya tersebut diterima.

Menurutnya, penduduk kampung tersebut memaklumkan bahawa mereka telah cuba menangkap buaya tersebut namun tidak berjaya.

Reptilia itu dikatakan telah hilang ke dasar parit pada pagi hari yang sama.

“Bagaimanapun, hasil pemantauan dan siasatan Perhilitan tidak melihat kelibat reptilia tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambah Choon Yung, pemantauan lanjut kini sedang dilakukan oleh pihaknya bagi mengesan keberadaan buaya tersebut.

“Orang awam diminta supaya segera menghubungi Perhilitan jika ternampak buaya berkenaan bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Sebelum ini, satu video berkenaan penemuaan anak buaya tersebut di parit berkenaan telab tular di laman Facebook.

Sumber: Sinar Harian