Gemuruh Sampai Hidung Berdarah, Pemain Badminton Izzuddin Kini Milik Mawar

23 Sep 2023 • 4:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani selamat bergelar suami dan kini menjadi milik Mawar Mutiara.

Berita baik itu dikongsikan olehnya dan beberapa tetamu yang hadir ke majlis akad nikahnya, semalam. Malah, ia turut tular di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Difahamkan, Nur Izzuddin atau mesra disapa Din Masjid dan pasangan dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.

“Din Masjid off market (emoji hati biru). Selamat pengantin baru Izzudin dan Mawar,”ciap pengguna X.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah perkongsian salah seorang rakan pemain berusia 26 tahun itu menerusi satu hantaran di platform Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, dia menyatakan hidung pengantin lelaki berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa akad nikah.

“Dari kecil sampai ke besar kita sama-sama Din. Kali ini aku tak boleh nak follow. Kau jalan dulu (kahwin) Din. Tahniah untuk korang berdua. Semoga mahligai yang dibina ni sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
“Tapi hidung berdarah terkena baju sebelum sampai masjid tu memang rare Din. Punya la kau takut Tok Kadi tu, dari pair Taipei (perlawanan badminton) haritu Din,”tulisnya.

Pengalaman akad nikah yang tidak dapat dilupakan ini! Tahniah Nur Izzuddin dan pasangan. Semoga bahagia dan ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved