Gen Z dakwa dipergunakan, ditinggalkan ahli politik

WorldPolitics
19 Nov 2026 • 6:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gen Z dakwa dipergunakan, ditinggalkan ahli politik

NAIROBI – Ahli Parlimen Lang’ata di Kenya, Jalang’o dikecam susulan dakwaan beliau mengerahkan kumpulan usia Generasi  Z (Gen Z) menghadiri satu acara politik sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan), sebelum kumpulan itu dilaporkan berdepan tembakan dan gas pemedih mata sebaik tiba di lokasi kejadian, lapor saluran telegram BNN.

Kumpulan belia tersebut berkata, mereka dijanjikan bayaran wang untuk menghadiri acara itu tetapi tidak pernah dibayar. 

Video tular di media sosial menunjukkan mereka melemparkan kemarahan terhadap  ahli parlimen berkenaan  serta menuduhnya mempergunakan dan meninggalkan kumpulan itu selepas kekecohan berlaku. 

Insiden itu mencetuskan reaksi panas, dengan rakyat Kenya mempersoalkan dakwaan mobilisasi politik membabitkan golongan muda. – AGENSI

 

The post Gen Z dakwa dipergunakan, ditinggalkan ahli politik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved