Genap 17 tahun, ucapan Azrinaz untuk Pengiran Anak Puteri Ameerah undang sebak, akui kecantikan memukau. 'Terbang tinggi puteri kegemaranku...'

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 5:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KISAH anak dan ibu ini selalu menuai perhatian warganet. Kebijaksanaan dan kecantikan adalah persamaan yang nyata dilihat pada bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan anakanda keduanya, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Berkongsi video pendek Puteri Ameerah, bekas wartawan TV3 itu menitipkan ucapan hari lahir buat puteri keduanya yang diputerakan pada 28 Januari 2008.

"Anda secara rasminya 17. 17 tahun telah berlalu, namun rasanya seperti baru semalam saya telah menahan kesakitan merindui selama ini. Kerinduan tidak pernah menjadi mudah.

image is not available

"Melihat anda membesar menjadi insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya," kongsinya,

Biarpun kini bahagia dengan suami dan dua anak perempuan, Azrinaz itu meluahkan berasa bangga melihat perkembangan anak perempuannya.

image is not available

"Anda adalah saya, dan saya adalah anda. Dalam liga sendiri, kecantikan kamu tidak pernah berhenti memukau saya.

"Melambung tinggi, puteri kegemaranku. Saya berbangga, tanpa henti untuk memanggil anda milik saya," titipnya.

Perkongsian Azrinaz itu turut dipersetujui rakan selebriti dan peminat.

image is not available

Warga maya tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

"Like mother like daughter. Princess got it from her mama."

"Terharunya ucapan ini."

"One day you will meet her. Happy Sweet Seventeen Princess Ameerah."

"Kenapa pula saya menangis? One day, you and your princess will be together. Happy birthday Princess Ameerah."

Sekadar info, Azrinaz terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 19, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 17 tahun.

image is not available

Sejak berpisah pada tahun 2010, Azrinaz tidak lupa memuat naik tentang putera dan puterinya terutama ketika ulang tahun kelahiran.

Azrinaz bertemu jodoh kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid dan sah sebagai suami isteri pada 1 Mei 2018.

Perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah yang kini berusia enam dan empat tahun.

Sumber: Instagram