Genap 22 tahun, Tunku Azizah titip ucapan manis buat Tengku Jihan. ‘My miracle child’

LocalFamily & Parenting
30 Apr 2024 • 9:18 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SETIAP kali tiba ulang tahun kelahiran, ibu-ibu pasti teruja. Mengenang kembali kelahiran si buah hati, tidak lupa menitipkan ucapan manis buat permata hati sebagai kenangan.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak terkecuali berkongsi momen istimewa tatkala puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang genap 22 tahun pada 27 April lalu.

Merakamkan foto sambil memotong kek hari jadi, Tengku Puteri Jihan kemudian menerima suapan kek daripada Tunku Azizah dan titipan ucapan sempena ulang tahun kelahiran.

image is not available

“Happiest birthday to my baby …. my miracle child.

“Thank you for being the perfect beautiful daughter I could ever have asked for. May Allah swt bless you always and guide you!

“My baby turned 22,” titip baginda.

image is not available

Meningkat dewasa, Tengku Puteri Raja ini semakin jelita mewarisi kecantikan bonda tercinta. Malah ramai yang mengiyakan penampilan puteri bongsu Sultan Pahang itu memiliki ciri Tunku Azizah menerusi ruangan komen di Instagram.

Malah ramai yang mengakui kasih bonda itu sangat kuat hingga sanggup terbang ke London untuk menyambut kelahiran puterinya.

image is not available

image is not available

“Tengku Jihan seiras betul dengan mamanya ❤️,” kata Cahaya Berseri 88.

“Sampai ke London mamanya cari! Happiest birthday pretty Tengku Jihan❤️. Kembar bonda, seiras sewaktu muda dulu,” kongsi Zty Xie.

“Happy birthday. Lawa macam bondanya,” titip De Panggang Warisan.

“Copy paste muka bonda pretty as always,” tulis Nor Aeinn.

image is not available

Sekadar info, selain Tengku Jihan, Tunku Azizah memiliki lima putera dan puteri iaitu Tengku Ahmad Iskandar Shah yang meninggal dunia ketika kecil pada 24 Julai 1990, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 28, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, 26, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, 23, dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 23. Tengku Muhammad dan Tengku Puteri Afzan adalah pasangan kembar tidak seiras.

image is not available
(Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Menerusi temu bual ekslusif media tidak lama dahulu, Tunku Azizah berkongsi pernah mengalami enam kali keguguran, 16 proses rawatan kesuburan termasuk persenyawaan in vitro (IVF) dan suntikan intrasitoplasmik sperma (ICSI).

Memahami perasaan wanita atau pasangan lain tidak dapat memiliki anak sendiri mendorong baginda untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) sejak 2004.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!