Genap dua minggu isteri ‘pergi’ dalam pelukan, suami kongsi anak asyik nangis

LocalFamily & Parenting
20 Jan 2025 • 11:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan, suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.

Menerusi hantaran di Instagram, Amirul Nafis memberitahu anaknya sudah mula tidak mahu duduk diam, selain asyik menangis selepas pemergian ibu.

“Adik dah mula tak mahu duduk sangat. Asyik menangis, serba tak kena. Papa tahu adik rindu mama,”kongsinya.

image is not available

image is not available

Genap dua minggu isteri ‘pergi’

Dalam hantaran itu, Amirul juga memaklumkan setiap kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa dikongsikan di media sosial supaya suatu hari nanti ia menjadi tempat untuk melihat semula segala memori yang ada.

“Papa masukkan dalam hantaran ini, supaya nanti adik besar dia boleh tengok. Inilah seorang mama adik yang suka jalan dengan papa, yang selalu ada dekat mana dengan papa.

“Yang paling kuat makan tetapi tetap kurus. Lillah, mama dalam ingatan papa dan sekeluarga,” kata Amirul Nafis.

image is not available

Terdahulu, kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami ketika tidur benar-benar meruntun hati ramai memandangkan dia baru sahaja selesai menyusukan anaknya berusia dua bulan.

Difahamkan, hasil post mortem mendapati allahyarham mengalami jangkitan pada paru-paru, namun suaminya menyatakan yang arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sedang sakit dan mereka juga baru sahaja pulang bercuti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kata Amirul Nafis, dia reda dengan pemergian Nur Izzaty walaupun perit menerima kenyataan bahawa isteri kini tiada lagi di sisi.

Tidak lama selepas itu, media turut melaporkan Sri Wahyuni Rahman, ibu kepada arwah Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan menyentuh hati ramai apabila memberikan susu simpanan arwah anaknya kepada Muhammad Faleeq.

Wahyuni, yang baru kehilangan anak bongsunya berusia empat bulan selepas maut di sebuah taska tanpa lesen baru-baru uni turut mendoakan agar Muhammad Faleeq. membesar menjadi anak yang soleh.

Sumber: IG amirul_n4fis