Genap sebulan kehilangan, gadis kongsi momen bahagia dengan bapa buat ramai sebak

EntertainmentFamily & Parenting
2 Feb 2025 • 7:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
gadis kongsi momen bahagia

Seorang gadis kongsi momen bahagia dengan allahyarham bapanya sehingga membuatkan ramai sebak memandangkan dia meluahkan rasa rindu terhadap sosok lelaki tersebut.

Menerusi TikTok m.mat13, dia telah memuat naik video-video yang dirakam bersama bapa sepanjang hayatnya yang terlihat sangat rapat walaupun sudah menjangakau usia remaja.

@m.mat13

Its been 1 month without ayah Ayah ,bumi rindu :) al-fatihah untuk encik ayah

♬ suara asli - Music Everywhere - Music Everywhere

Gadis kongsi momen bahagia dengan bapa yang telah pergi

Dalam kapsyen yang disertakan, gadis berkenaan menyatakan yang dia sangat merindui bapanya yang telah meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

image is not available

Gadis kongsi momen bahagia, nampak akrab sangat dengan bapa

Dapat dilihat dengan jelas allahyarham bapanya seorang yang sangat ceria dan kerap meluangkan masa bersamanya apabila mereka kerap merakam video sewaktu melakukan aktiviti harian.

Allahyarham bapanya turut tidak menolak untuk dirakam sewaktu sama-sama bergembira melayan kerenah anak-anak yang gemar membuat video.

image is not available

Ramai sebak tonton video

Perkongsian tersebut membuatkan ramai sebak apabila mengakui faham dengan perasaan gadis berkenaan yang kehilangan insan yang cukup disayangi.

Ada juga di antara mereka meluahkan rasa kesal apabila tidak merakam video seperti gadis berkenaan sewaktu bapa masih ada sehingga tiada kenangan bersama untuk diingati.

image is not available

Faham perasaan seorang anak hilang orang tua

image is not available

Pentingnya rajin rakam video dan gambar

image is not available

Semoga allahyarham bapa kepada pengguna TikTok tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta ahli keluarga ditinggalkan dapat menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.

Sumber: TikTok m.matt13