
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum pasti mengetahui konflik yang sedang berlaku di Asia Barat ketika ini telah memberikan pelbagai kesan kepada seluruh dunia.
Malah antara yang menjadi perhatian apabila Selat Hormuz yang menjadi laluan utama kapal seluruh dunia membawa bahan api telah disekat sejak awal Mac dan hanya kapal bukan musuh boleh melaluinya.
Perkara itu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara lain untuk mendapatkan bahan api seperti petrol. Bahkan konflik yang berlaku ini bukan sahaja mengganggu bekalan tenaga tetapi ia turut mengorbankan ribuan nyawa selain mengancam ekonomi dunia.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Konflik Asia Barat: Kapal Malaysia Dibenarkan Lalui Selat Hormuz Tanpa Tol – Duta Iran
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Duta Iran Puji Pendirian Tegas Anwar Berhubung Serangan AS-Israel Ke Atas Negaranya
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kerajaan Tak Dapat Tanggung Subsidi Selamanya” – Prof Jomo Kwame Kongsi Impak Krisis Iran-AS
AS-Iran setuju, umum gencatan senjata
Terbaharu Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memaklumkan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara sekutunya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata melibat semua pihak termasuklah Lubnan.
Shehbaz Sharif memaklumkan perkara itu menerusi hantarannya di X.
“Saya gembira mengumumkan Republik Islam Iran dan AS serta negara sekutunya bersetuju untuk gencatan senjata segara di mana ini termasuklah di Lubnan dan lain-lain berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Jelas beliau, Pakistan akan menyambut kedua-dua negara bersama dengan delegasi di Islamabad pada Jumaat (10 April) untuk meneruskan perbincangan bersama bagi mencapai perjanjian muktamad.
With the greatest humility, I am pleased to announce that the Islamic Republic of Iran and the United States of America, along with their allies, have agreed to an immediate ceasefire everywhere including Lebanon and elsewhere, EFFECTIVE IMMEDIATELY.
I warmly welcome the…
AS setuju gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran
Perkara sama turut dimaklumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi media sosialnya memaklumkan bersetuju untuk melakukan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran.
Perkara itu tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam berkenaan.
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Trump di Truth Social, dia berkata dalam perbualan telefon bersama Shehbaz Sharif dan Ketua Angkatan Tentera Pakistan, Asim Munir mereka memintanya untuk menangguhkan rancangan ‘menghancurkan Iran pada malam ini’.
Namun menurut Trump ia tertakluk dengan Republik Islam Iran bersetuju dengan pembukaan Selat Hormuz yang lengkap, segera, dan selamat.
Setuju gencatan senjata untuk 2 minggu
Tambahnya lagi, dia bersetuju untuk menggantung pengeboman dan serangan ke atas Iran selama tempoh dua minggu.
“Ini akan menjadi gencatan senjata dua hala! Kita telah pun mencapai dan melepasi semua objektif ketenteraan, dan kini berada pada tahap yang sangat maju ke arah perjanjian muktamad mengenai keamanan jangka panjang dengan Iran, serta keamanan di Timur Tengah (Asia Barat),” katanya dalam hantaran itu.
Menurut Trump, pihaknya juga menerima 10 cadangan daripada Iran dan percaya ia adalah asas yang boleh digunakan untuk berunding.

Iran umum 10 perkara sebagai asas rundingan
Dalam pada itu, Trump turut berkongsi kenyataan dikeluarkan Iran berhubung persetujuan rasmi bagi melakukan gencatan senjata dan membenarkan pembukaan Selat Hormuz.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dalam kenyataan itu telah menghargai usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Pakistan dan Ketua Angkatan Tenteranya untuk mengakhiri peperangan yang berlaku di wilayah berkenaan.
“Dalam respon kepada permintaan Sharif dalam ciapannya, dan mempertimbangkan permintaan Amerika Syarikat untuk rundingan berdasarkan 15 perkara serta pengumuman dari POTUS mengenai penerimaan rangka kerja umum cadangan 10 perkara Iran sebagai asas rundingan, saya dengan ini mengisytiharkan bagi pihak Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran:
“Jika serangan terhadap Iran dihentikan, Angkatan Bersenjata kami akan menghentikan operasi pertahanan.
“Untuk tempoh dua minggu, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dapat dilakukan melalui penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran dan dengan pertimbangan sewajarnya terhadap batasan teknikal,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

10 perkara yang dikemuka Iran
Sebelum ini AS telah menghantar pelan 15 perkara kepada Iran sebagai cadangan untuk menamatkan peperangan ini.
Oleh itu, Tehran dilaporkan sudah memberikan maklum balas dengan mengemukakan 10 perkara terhadap tuntutan Amerika Syarikat, lapor Berita Harian.
- Jaminan Iran tidak akan diserang lagi
- Penamatan perang adalah secara kekal, bukan sekadar gencatan senjata
- Penamatan serangan Israel di Lubnan
- Penarikan semua sekatan AS terhadap Iran
- Penamatan semua konflik serantau terhadap sekutu Iran
- Oleh itu, sebagai balasan Iran akan membuka semula Selat Hormuz
- Iran juga mahu mengenakan bayaran AS$2 juta (RM7,976,283.71) untuk setiap kapal yang melalui Selat Hormuz
- Iran juga akan berkongsi hasil bayaran berkenaan dengan Oman
- Iran turut akan menetapkan peraturan untuk laluan selmat melalui Selat Hormuz
- Iran juga akan menggunakan hasil bayaran Selat Hormuz berkenaan untuk pembinaan semula, bukan sebagai pampasan
