Gencatan senjata di Gaza bermula 8.30 pagi Ahad – Qatar

18 Jan 2025 • 6:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ANKARA, 18 JAN: Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.

“Seperti yang telah diselaraskan oleh pihak-pihak dalam perjanjian dan para perantara, gencatan senjata di Gaza akan bermula pada 8.30 pagi Ahad, 19 Jan waktu tempatan di Gaza,” menurut Jurucakap Kementerian Majed Al-Ansari menerusi hantaran di platform X.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan menunggu arahan daripada sumber rasmi.

Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza, dengan gencatan senjata dijadualkan bermula pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat perang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

– BERNAMA-AA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved