Gencatan Senjata Di Gaza Bermula 

WorldPolitics
19 Jan 2025 • 7:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gencatan Senjata Di Gaza Bermula

Tiga tebusan warga Israel dijangka dibebaskan pada pukul 4 petang waktu tempatan, menurut kenyataan dari pejabat Perdana Menteri Israel.

Dalam pada itu, pejabat tersebut turut memaklumkan bahawa empat lagi tebusan wanita dijangka dibebaskan dalam tempoh seminggu.

Untuk info, gencatan senjata antara Israel dan Hamas bermula pada 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Sebelumnya, perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya dimulakan pada pukul 6.30 pagi dilaporkan tertangguh.

Ini kerana Israel mendakwa ia tidak akan diteruskan selagi Hamas tidak menyerahkan senarai tebusan yang bakal dibebaskan.

Beberapa ketika selepas itu, satu letupan besar kedengaran berlaku kira-kira 30 minit selepas waktu gencatan senjata sepatutnya bermula.

Sementara itu, jurucakap Sayap Tentera Hamas dalam kenyataannya mengatakan bahawa senarai tiga tebusan warga Israel yang akan dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata telah dikeluarkan.

Pegawai Hamas juga menjelaskan bahawa kelewatan dalam penyerahan senarai itu adalah disebabkan masalah teknikal.

Israel turut mengesahkan bahawa mereka telah menerima nama-nama tiga tebusan tersebut.

Sumber: Astro Awani