Gencatan senjata Israel-Hamas masih berkuat kuasa di Gaza ~ Trump

WorldPolitics
20 Oct 2025 • 11:22 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

WASHINGTONPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengesahkan bahawa gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza masih berkuat kuasa.

Jelasnya, meski wujud kekecohan, perkara itu akan ditangani sebaik mungkin.

“Ya masih berkuat kuasa. Kami mahu pastikan keadaan dengan Hamas akan kekal aman. Seperti yang anda tahu, mereka agak agresif kebelakangan ini, ada insiden tembakan dan kami percaya mungkin kepimpinan mereka sendiri tidak terlibat, mungkin dilakukan oleh pemberontak dalam kalangan mereka”.

Apa pun, perkara ini akan ditangani dengan tegas, tetapi secara betul,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai situasi semasa di wilayah berkenaan.

image is not available
Asap kelihatan berkepul berikutan serangan udara Israel di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada 19 Oktober 2025. — Kredit foto Reuters

Terdahulu, serangan udara Israel mengorbankan 26 orang di Gaza, menurut pihak berkuasa tempatan dan penduduk. – REUTERS