Gene Hackman, Isteri Ditemui Meninggal Dunia

WorldEntertainment
27 Feb 2025 • 6:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa - Gambar Getty Images

Selepas dikejutkan dengan kematian aktres Michelle Trachtenberg, dunia perfileman Hollywood sekali lagi diterjah berita duka. 

Aktor Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa dilaporkan ditemui meninggal dunia di kediaman mereka di New Mexico, Amerika Syarikat. 

Laporan agensi berita menyebut, turut ditemui bersama mayat pasangan suami isteri itu ialah bangkai anjing peliharaan mereka. 

Sherif Santa Fe, Adan Mendoza ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, tetapi beliau dipetik sebagai berkata, tiada sebarang perkara mencurigakan dalam penemuan itu.

Mendoza juga enggan mendedahkan waktu atau punca kematian pasangan berkenaan.

Hackman, 95 memenangi anugerah Oscar menerusi watak utama yang dimainkan dalam filem The French Connection.

Mendiang juga pernah memenangi anugerah untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi penampilan dalam filem Unforgiven, arahan Clint Eastwood.

Bekas anggota marin itu telah membintangi lebih 80 filem dan siri televisyen, sejak memulakan karier dalam bidang seni pada awal 1960-an. - Getaran, 27 Februari 2025