Generali, UDNP lancar Dana Cabaran Inovasi Insurans bagi bina daya tahan PKS
zulfadli
24/10/2023 - 15:57
KUALA LUMPUR 24 Okt - Generali dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melancarkan 'Dana Cabaran Inovasi Insurans (IICF)' dan kini mengalu-alukan cadangan daripada peserta dengan memberi tumpuan kepada rumusan insurans inovatif bagi membina daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
Penyerahan cadangan harus menawarkan rumusan mampan jangka panjang bagi melindungi PKS daripada risiko cuaca dan pelbagai risiko lain, sama ada melalui peningkatan rumusan sedia ada, atau bekerjasama dengan pelbagai saluran pengedaran dan menyepadukan rumusan teknologi baharu.
Produk yang diketengahkan boleh merangkumi stok dan jentera, kesinambungan perniagaan, kakitangan, risiko tertentu atau berbilang.
IICF akan memberikan bantuan dan insentif kepada pembangunan dua atau lebih rumusan melalui proses pemilihan secara terbuka di negara ini. Setiap pemenang akan menerima sehingga AS$40,000 termasuk bantuan kewangan dan teknikal untuk menyokong pembangunan daripada cadangan rumusan mereka.
Teruja dengan jalinan kerjasama dengan UNDP, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad, Fabrice Benard berkata, ia adalah sebahagian daripada komitmen Generali yang lebih luas untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan insurans sebagai alat utama untuk memacu rangkuman kewangan dalam kalangan PKS yang sangat terdedah kepada risiko.
"PKS menyumbang kira-kira 97% daripada jumlah perniagaan di Malaysia – ia bukan sahaja menjadi asas kepada ekonomi negara malah merupakan keutamaan kepada kami di Generali.
"Ini adalah penting bagi kami, sebagai syarikat insurans dan warganegara yang bertanggungjawab, untuk menggunakan kemahiran, sumber dan kepakaran kami bagi mencipta peluang untuk syarikat berkenaan berkembang dan memperkasakan syarikat dengan akses kepada rumusan insurans dan pengurangan risiko.

"Menerusi kerjasama dengan UNDP, kami berharap untuk mendapatkan pelbagai idea menerusi inisiatif yang bermakna dan memperoleh cara yang kolekif bagi meningkatkan perlindungan dan memacu daya tahan untuk PKS," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Sejak 2022, Generali bekerjasama dengan UNDP untuk membangunkan rumusan insurans dan kewangan risiko di peringkat antarabangsa.
Meneruskan kerjasama berkenaan, Generali dan UNDP kini sedang membangunkan rangka kerja pencegahan kerugian bagi membolehkan golongan PKS memanfaatkan kuasa data, kesedaran dan pemahaman risiko perniagaan dalam komuniti berkenaan.
Selain daripada IICF dan rangka kerja terbabit, bakal menyusul adalah edisi Asia projek utama EnterPRIZE PKS Generali yang tealh pun berjaya dilaksanakan di Eropah sepanjang dua tahun lalu.
Peserta yang berminat ingin mengemukakan permohonan untuk IICF boleh menghantar permohonan dan dokumen sokongan kepada irff.challenge@undp.org sebelum 27 November 2023.
Dua sesi taklimat Q&A maya bakal diadakan pada 31 Oktober 2023 dan 8 November 2023 pada jam 3.30 petang untuk menjawab segala soalan berkaitan dengan IICF.
Sila daftar di https://undp.zoom.us/webinar/register/WN_3qdgfiJpSD2vJwM_nY4pmQ#/registration untuk menghadiri sesi maya pada 31 Oktober 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://irff.undp.org/challenge-fund/malaysia. - DagangNews.com

