‘Generasi semasa main peranan kekalkan perpaduan’

2 Oct 2023 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Masyarakat diseru untuk mengekalkan integrasi sosial dan perpaduan di negeri ini.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata amalan perpaduan kaum yang telah wujud sekian lama menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang terus dicontohi dan dikuti sebagai ikon perpaduan.

Oleh itu, katanya, menjadi peranan generasi semasa untuk mengekalkannya.

“Kita sedar bahawa perpaduan kaum amat penting di Sabah khasnya kerana kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dan anutan agama.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Untuk mengekalkan keharmonian dan integriti sosial yang kita ada ini, perkara terpenting adalah elakkan segala insiden yang boleh mencemarkan perpaduan serta mengusik sentimen yang akan menimbulkan isu rasis.

“Kita perlu terus pegang tanggungjawab untuk memastikan integriti sosial yang positif ini terus dikekalkan dan sentiasa ingat bahawa Sabah adalah negeri contoh dan tauladan kepada negeri lain di Malaysia, dalam aspek perpaduan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Persidangan PGRS Bahagian Likas 2023 yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Menurut Mohammad Bahrin lagi, selain mengekalkan perpaduan, masyarakat perlu mencintai ilmu dan menguasai pelbagai bahasa.

“Penguasaan pelbagai bahasa adalah antara langkah untuk kita menjayakan diri dan menonjol ke depan khasnya di peringkat global.

“Penguasaan pelbagai bahasa juga mampu menjadi pengikat kepada keharmonian bangsa, sekaligus mengukuhkan jalinan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PGRS Bahagian Likas, Halijah Din berkata perlaksanaan sesebuah aktiviti khasnya bagi menyampaikan wadah perjuangan parti adalah akan lebih berkesan jika dilaksanakan secara kerja berpasukan.

“Kita jangan jadikan kekangan dari segi jumlah atau bilangan yang sedikit, tetapi kita jadikan bilangan kita, yang ada dalam kumpulan kita ini, saling bekerjasama dan bergerak sebagai sebuah pasukan kerana perjuangan kita kepada akar umbi pasti akan lebih bermakna jika kita bergerak seiringan,” katanya.

Persidangan tahunan tersebut adalah yang pertama bagi PGRS sejak ditubuhkan pada Mac 2023.

Dalam persidangan selama sehari itu, hampir 300 ahli PGRS Bahagian Likas serta rakan-rakan PGRS Bahagian Api-Api dan perwakilan negeri terlibat.

Hadir sama, Ketua PGRS Bahagian Api-Api Datuk Faisyal Yusof Hamdain Deigo, Ketua Beliawanis PGRS Sabah merangkap Ketua Beliawanis PGRS Bahagian Api-Api Emmie Martin Idang, Naib Ketua Bahagian PGRS Bahagian Api-Api Johann Joseph Diego, Ketua Wanita PGRS Bahagian Api-Api Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda PGRS Bahagian Api-Api Syahrul Safwan Najwan Faisyal, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Likas Muammar Julkarnain, Naib Ketua Bahagian PGRS Likas Dr. Awang Faisal Awang Rahim, Ketua Pemuda PGRS Likas Syahmee Mohd Ron dan Ketua Beliawanis PGRS Bahagian Likas Noor Azie Ashikeen Asngari.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.