![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/letak-keranda-tepi-jalan.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Entah di mana silapnya, aktiviti merempit dalam kalangan anak muda dilihat bagaikan tiada berkesudahan.
Walaupun pelbagai kempen dan peringatan dibuat ditambah dengan kemalangan ngeri yang sering berlaku melibatkan golongan ini, masih ada segelintir yang dilihat berani melakukan kegiatan tersebut.
Lebih membimbangkan, tiada langsung rasa takut dan insaf dalam diri sehingga ada yang masih dilihat membuat aksi berbahaya.
Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan
Terbaharu, tular di media sosial cara unik sekumpulan anak muda dalam memberi peringatan kepada golongan mat rempit.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @arep743, kelihatan beberapa pemuda berkenaan mengeluarkan keranda dari dalam sebuah van jenazah.
Apa yang menjadi perhatian adalah keranda tersebut bukanlah digunakan untuk seseorang yang meninggal dunia pada ketika itu sebaliknya, sebagai peringatan kepada mat rempit.
Mat Rempit Lalu Jalan Ketika Keranda Diletakkan
Lebih menghiburkan, keranda itu diletak sesuai dengan masanya.
Manakan tidak, pada waktu itu kebetulan sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba haram dan beraksi di jalan raya berkenaan yang terletak di hadapan sebuah masjid di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.
Malah, kedengaran anak muda berkenaan seolah-olah memanggil kumpulan mat rempit berkenaan dan sedarkan mereka tentang keranda terbabit.
“Tengok siapa yang kena,” tulisnya.
@arep743 tgk sapa yg kena#fypシ゚ #kuburkatamari #kontenhiburan
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Terhibur & Puji Cara Unik Ingatkan Mat Rempit
Perkongsian yang telah mendapat lebih 858,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat sekumpulan anak muda itu dalam memberikan peringatan kepada golongan pelumba haram.
Bukan itu sahaja, ada yang memuji cara kreatif anak muda itu dalam membuat teguran kepada golongan berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Bagus Anak Muda Mengingatkan Anak Muda”
![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-5.00.04-PM-1-799x1024.jpeg)
“Van Dah Ada, Keranda Pun Dah Ada, Orangnya Mana Lagi, Tinggal Tunggu Jela”
![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-5.00.04-PM-2-890x1024.jpeg)
“Bagus Bang, Buat Je Macam Ni Selalu Bagi Ingatkan Semua”
![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-5.00.04-PM-3-874x1024.jpeg)
“Bang, Aku Setuju Cara Abang Buat Ni. Niat Abang Nak Bagi Kesedaran Untuk Anak Muda, Biarla Orang Cakap Apa”
![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-5.00.05-PM-841x1024.jpeg)
“Terbaiklah”
![Image from: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-5.00.05-PM-1-949x1024.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Masuk Neraka” – Mati Ketika Lumba Haram Ibarat Bunuh Diri, Kata Ustaz Azhar Idrus [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jatuh & Nyaris Digilis Lori, Ramai Geram Lihat Aksi Berbahaya Mat Rempit Di Lebuh Raya [Video]
