Geng Basikal Naik MRT & Duduk Di Koc Wanita Buat Ramai Geram

22 Jan 2024 • 4:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi kebanyakan individu di ibu kota, pengangkutan awam seperti bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sering menjadi pilihan untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ini kerana ada di antara mereka berpendapat penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.

Malah, ia juga dianggap ‘selamat’ khususnya bagi segelintir penumpang wanita dek kerana kewujudan koc khas bagi kaum Hawa.

Namun kadang kala, wujud segelintir individu yang tidak bertanggungjawab khususnya kaum lelaki yang dilihat mengambil kesempatan dengan duduk di koc tersebut.

Kaum Lelaki Duduk Di Koc Wanita Siap Bawa Basikal

Terbaharu, tular di Twitter (X) sekumpulan lelaki dilihat membawa masuk basikal dan duduk di bahagian koc wanita.

Menerusi satu perkongsian di akaun @pedoqpop, kelihatan geng basikal berkenaan dilihat tanpa segan silu duduk di bahagian koc khas tersebut.

Apa yang lebih menjadi perhatian adalah tindakan mereka yang masing-masing meletakkan basikal di dalam koc itu hingga menghalang laluan orang ramai.

Perbuatan itu nyata mengundang persoalan kepada warganet yang melihat. Bagi kebanyakan daripada mereka, perbuatan membawa masuk basikal dan duduk di koc wanita adalah menjadi satu kesalahan.

Bawa Masuk Basikal Bukan Satu Kesalahan

Namun, pendapat segelintir warganet yang menganggap tindakan membawa masuk basikal merupakan satu kesalahan disangkal oleh sesetengah pihak.

Semakan kami mendapati ianya benar yang mana kenderaan seperti basikal, basikal lipat dan skuter boleh di bawa masuk mengikut waktu tertentu seperti yang ditetapkan oleh pihak RapidKL khusus buat laluan MRT Kajang. Namun, tiada maklumat bagi laluan lain.

Mengikut kenyataan itu, bagi tempoh Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga tiga petang dan lapan malam hingga 12.00 tengah malam, hanya basikal lipat dan skuter sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk.

Manakala, pada waktu hujung minggu dan cuti umum, basikal lipat, basikal dan skuter dibenarkan bawa masuk ke dalam MRT bermula enam pagi hingga 12.00 tengah malam.

Namun, pemilik hanya dibenarkan membawa masuk kenderaan tersebut mengikut koc tertentu seperti yang disarankan oleh pihak RapidKL dan yang pastinya bukan koc wanita sekiranya anda seorang lelaki.

Good news to our passengers. Now you can bring your full-size bikes on board our trains. Rails to trails! 🥳 PDF…

Posted by Rapid KL on Wednesday, 10 March 2021

Hantaran Cetus Perdebatan Warganet

Menerusi ciapan balas, ramai warganet yang mengecam tindakan kumpulan lelaki berkenaan yang dianggap mementingkan diri dengan duduk di tempat khas buat kaum wanita.

Malah, kebanyakan daripada mereka turut mempersoalkan tindakan kumpulan berkenaan yang menghalang laluan serta tidak meneruskan perjalanan dengan menggunakan kenderaan milik mereka itu.

Berikut antara komen warganet:

“Bikers Patut Duduk Dekat Koc Paling Belakang Atau Paling Depan, Yang Duduk Dekat Koc Wanita Pasal Apa?

image is not available

“Diorang Mesti Duduk Koc Wanita Sebab Koc Tu Direct Dengan Lif”

image is not available

“Kenapa Tak Kayuh Je Sampai Destinasi?”

image is not available

“Sorry, Betul Ke Tu Koc Wanita?”

image is not available

“Dahla Halang Laluan Nak Lalu Lalang, Lepas Tu Duduk Koc Wanita, Nasib Bukan Waktu Puncak”

image is not available

Source: