Geng Curi Tabung Masjid Miliki Rekod Jenayah, Salah Seorang Positif Bahan Terlarang

LocalPolitics
25 Feb 2026 • 11:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata empat suspek tersebut adalah warga tempatan yang berusia 17 hingga 26 tahun.

Geng Curi Tabung Masjid Miliki Rekod Jenayah

Menurut beliau, semakan polis mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lalu berkaitan jenayah dan dadah, manakala salah seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4 dan D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dengan kerjasama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25,” katanya.

image is not available

Jelas beliau, operasi diadakan pada Ahad dan Selasa lalu antara pukul 12.30 tengah malam hingga 3 pagi, membabitkan beberapa lokasi termasuk Seksyen 13, Shah Alam dan Seri Kembangan.

“Melalui hasil operasi itu, polis berjaya merampas kereta, empat unit telefon bimbit dan wang tunai RM200,” tambah Shazeli dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Selain itu, Shazeli menasihatkan semua pihak pengurusan masjid dan surau supaya memastikan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau turut menyarankan agar ahli kakitangan masjid melakukan pengosongan tabung kutipan secara berkala sebagai langkah pencegahan.

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesan kehadiran individu mencurigakan di kawasan rumah ibadat bagi menjamin keselamatan dan nama baik terus terpelihara,” katanya.

image is not available

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan sekumpulan empat lelaki yang dipercayai terlibat dengan kejadian curi tabung Masjid Seksyen 7 di Shah Alam, Ahad lalu.

image is not available

Artikel lain: Dua Sahabat Ditahan Curi Tabung Surau, Masjid Untuk Bayar Sewa Rumah Dan Servis Kereta

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi semalam dengan suspek dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna perak.

Sumber: Utusan Online (Hanafi Zulkefli)

The post Geng Curi Tabung Masjid Miliki Rekod Jenayah, Salah Seorang Positif Bahan Terlarang appeared first on Borak Daily.