Geng kereta mewah ‘conquer’ semua lorong, netizen label buat ‘semak’ atas jalan

Cars
3 Jul 2023 • 4:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kira-kira lebih 10 supercars memenuhi sebuah lebuh raya untuk menghasilkan satu video konten sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Video itu dimuat naik akaun Utama Motors di laman Facebook dipercayai bagi mempromosikan sebuah acara pameran kenderaan mewah tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Geng kereta mewah ‘conquer’ jalan ke tu?

image is not available

Menerusi rakaman berdurasi 50 saat itu, semua kenderaan berkenaan dilihat memenuhi keempat-empat lorong di atas jalan sekali gus membuatkan pemandu kereta lain yang berada di belakang tidak dapat memandu dengan lancar.

Malah pada saat ke-21, kelihatan salah sebuah supercar tersebut menggunakan lorong kecemasan yang sudah tentu salah di sisi undang-undang.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan sekumpulan pemandu supercars itu menyusahkan pengguna jalan raya lain kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

image is not available

Selain dilabel sebagai ‘semak’, segelintir individu menganggap golongan terbabit seolah-olah mementingkan diri sendiri apatah lagi melakukan penggambaran di waktu siang.

Semak jalan!

image is not available

Menyusahkan orang, buat la waktu malam

image is not available

Patut la jalan sesak?

image is not available

Sewa la litar kat Sepang tu

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan mendapat 813 perkongsian dan 6,900 tanda suka selain 2,700 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi.

Sumber: Facebook Utama Motors