Geng Musang Rupanya Dalang Kecurian Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek

LocalPolitics
18 Sep 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek curi kabel projek di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Temerloh, Bentong dan Kuantan.

image is not available

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalang utama yang juga lelaki warga Kemboja bersama seorang lagi dari negara sama dan warga tempatan geng berkenaan diburu membabitkan satu kes kecurian di Bentong dan tiga kes di Temerloh bermula bulan lepas dan September.

image is not availableimage is not available

Menurutnya, setakat ini tujuh tangkapan telah dilakukan membabitkan Geng Musang.

"Satu lagi kumpulan dikenali 'Geng Jep Gambang' mencatatkan satu tangkapan melibatkan ketua geng manakala seorang lagi suspek masih bebas dan terlibat dalam dua kes di Kuantan.

"Daripada lapan suspek yang ditangkap antara 10 hingga 14 September lalu, enam daripadanya terlibat secara langsung mencuri kabel manakala dua lagi adalah pembeli," katanya.

Kesemua suspek berumur antara 29 hingga 45 tahun yang mana tujuh daripadanya mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

Dalam kes tersebut kedudukan kabel kebanyakannya dalam tiang yang mudah dipotong dan dilakukan di lokasi terpencil.