Geng pecah masuk premis tumpas

5 Aug 2022 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG - Polis menumpaskan geng pecah masuk premis perniagaan susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar daerah ini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di dua rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang dan Taman Saujana Jati kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, selain peralatan alat pecah rumah, polis merampas pelbagai barangan disyaki hasil jenayah antaranya minuman keras. "Semakan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 36 hingga 56 tahun itu mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah. "Suspek kini direman enam hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitan dalam kes-kes lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Tambahnya, peniaga dinasihatkan untuk meningkatkan kualiti keselamatan termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved