Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista aktif curi kabel ECRL, TM tumpas

20 Oct 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista aktif curi kabel ECRL, TM tumpas

TEMERLOH – Polis menahan 17 lelaki daripada empat kumpulan yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri kabel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga kabel Telekom Malaysia (TM) dalam beberapa serbuan di sini baru-baru ini.

Kesemua suspek ditahan melibatkan empat kumpulan iaitu Geng Ravi dan Geng Kepala yang terlibat dalam kes kecurian kabel ECRL dan Geng Dany serta Geng Mista yang terlibat dalam kecurian kabel TM.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, antara 12 Oktober hingga 19 Oktober pihaknya telah melakukan serbuan dan menumpaskan empat geng berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri dan menyamun kabel dan besi projek ECRL serta mencuri kabel TM di sekitar Temerloh dan Mentakab.

“Pada 12 hingga 15 Oktober Geng Ravi tumpas selepas serbuan dan penahanan lima lelaki berumur 20 hingga 60 tahun manakala pada 14 Oktober polis menahan tujuh individu berumur 30 hingga 45 tahun daripada Geng Kepala di sekitar Kuala Krau dan Mentakab.

“Pada 18 Oktober pula polis menahan seorang lelaki berumur 28 tahun daripada Geng Dany yang mempunyai 15 rekod jenayah di kawasan Mentakab dan pada 19 Oktober polis menahan empat lelaki daripada Geng Mista di kawasan Bukit Desa Semantan, Temerloh,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah lori dan sejumlah potongan besi tiang daripada suspek Geng Ravi manakala merampas dua buah kenderaan trak pikap, beberapa gelung kabel, lima batang kabel TNB serta sejumlah peralatan memproses kabel daripada suspek Geng Kepala.

Katanya polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, beberapa gelung kabel serta satu alat pembuka lubang dalam serbuan ke atas suspek Geng Dany, manakala merampas sebuah trak pikap, beberapa gelung kabel, serta 27 batang kabel, peralatan menarik dan memotong kabel serta alat pembuka lubang daripada suspek Geng Mista.

Dalam pada itu katanya, kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 431 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia. – KOSMO! ONLINE

The post Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista aktif curi kabel ECRL, TM tumpas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved