Gentari Go Dilancarkan – Aplikasi Carian Pengecas, Perayauan Pengecasan Luar Negara Dan Menyewa EV

TechnologyDigitalCars
21 Feb 2024 • 8:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gentari merupakan salah satu penyedia pengecasan EV dan telah mempunyai banyak pengecas di seluruh Malaysia, namun anda perlu menggunakan aplikasi lain seperti ChargEV atau Setel atau JomCharge untuk mengecas. Hari ini mereka telah melancarkan aplikasi Gentari Go yang merupakan ‘SuperApp’, merangkumi pelbagai fungsi dan tidak terhad kepada pengecasan sahaja.

image is not available

Menggunakan Gentari Go, anda boleh terus mengaktifkan pengecas Gentari dan aplikasi ini akan memberikan lebih banyak maklumat berkenaan pengecasan anda, seperti penggunaan kuasa secara langsung dan graf penggunaan kuasa (charging curve), dan pelbagai lagi yang akan ditambah dari masa ke semasa. 

image is not available

Aplikasi ini turut menyokong perayauan pengecasan ChargEV dan JomCharge. Malah anda juga boleh menggunakan pengecas di Thailand dan Singapura melalui penyedia pengecas seperti CDG Engie, EVolt, City Energy Go.

image is not available

image is not available

Lebih dari sekadar pengecas, anda juga boleh mengumpul mata ganjaran apabila menggunakan pengecas atau menebus kod-kod promosi. Gentari turut menyatakan aplikasi mereka akan turut menerima setel/mesra point tapi akan dilakukan secara berperingkat. Gentari juga bekerjasama dengan Gocar, membolehkan anda menyewa kenderaan elektrik. 

image is not available

image is not available

Dengan adanya aplikasi Gentari Go ini bakal meletakkan hasrat mereka sebagai satu aplikasi super yang menggabungkan kesemua fungsi dalam menyokong tenaga lestari. Aplikasi ini tersedia untuk iOS dan Android dan juga akan boleh digunakan di negara lain di Asia Tenggara termasuklah India secara berperingkat.