Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt

Business & Finance
16 Jan 2023 • 11:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Gentari Green Mobility, anak syarikat kepada Gentari Sdn. Bhd. maklumkan yang mereka telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengecas EV dari Bangkok, Evolt Technology Company Limited (Evolt).

image is not available

Kerjasama yang bakal dijalinkani ini adalah bagi memperluas penawaran infrastruktur pengecas EV ke seluruh rantau Asia Tenggara berbekalkan kepakaran daripada kedua-dua pihak yang bakal disepadukan nanti.

Menurut CEO Gentari Green Mobility, MoU ini menandakan bermulanya pengembaraan mereka ke dalam rantau Asia Tenggara dan ia dimulakan dengan Thailand melalui kerjasama dengan Evolt. Melaluinya, mereka akan membangunkan infrasturktur pengecas di lokasi-lokasi panas seperti pusat beli-belah, hotel, pejabat, dan kawasan bertrafik tinggi.

image is not available

Penentuan lokasi ini akan dilicinkan dengan penglibatan Evolt selaku jenama tempatan disamping mereka juga akan melabur daripada segi modal bagi menyuburkan landskap EV di negara ini.

Menurut laman web Evolt, mereka kini mengendalikan lebih 200 stesen pengecasan di Thailand yang terdiri daripada 120 pengecas DC dan 80 AC. Mereka telah dilapor bekerjasam dengan nama-nama besar automotif seperti Porsche dan MG dan mereka juga ada jalinkan kerjsama dengan Central Pattana Plc, syarikat pengendali pusat beli belah terkemuka Thailand.

image is not available

Buat pengguna EV Malaysia, kehadiran Gentari di pasaran luar adalah satu berita baik. Mungkin pada satu hari nanti kita boleh menggunakan kemudahan pengecasan EV di luar dengan lancar, contohnya gunakan APP sedia ada Setel.

Di pihak Gentari, ini bukanlah kali pertama mereka mengadakan jalinan usaha sama di luar negara. Mereka sudahpun ada 132 stesen pengecas di India setakat 5 Januari 2023. Dalam pasaran tempatan, Gentari ada beberapa pusat mengecas EV yang terkenal seperti di X Park Sunway Serene dan Bangi Golf Club.