Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Politics
27 Apr 2024 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata, syarikat itu mahu pun Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Tan Sri Lim Kok Thay tidak terlibat dalam perbincangan atau mesyuarat berkaitan pembukaan kasino itu.

"Tuduhan itu tidak benar," katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan media yang turut mengandungi dakwaan bahawa syarikat berkenaan serta Lim telah menyertai perbincangan berkaitan.

Sehubungan itu, Genting Malaysia menggesa semua pihak agar menghentikan penyiaran atau penerbitan serta penyebaran maklumat salah, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberi penjelasan sewajarnya kepada orang ramai bagi mengelak kekeliruan selanjutnya.

Syarikat itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut yang dianggap wajar untuk melindungi kepentingan dan pihak berkepentingannya. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved