Gerai Burger Tepi Jalan Di Sabah Guna Sistem Panggilan Nombor Tarik Perhatian Netizen

11 Sep 2024 • 5:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Fenomena burger di Semporna, gerai tepi jalan jadi macam ‘Fast Food’ mewah

Gerai Burger Tepi Jalan Di Sabah Guna Sistem Panggilan Nombor Tarik Perhatian Netizen. Satu hantaran tular di media sosial mengenai sebuah gerai burger tepi jalan di Semporna, Sabah yang menggunakan sistem panggilan nombor, seperti yang biasa dilihat di pejabat-pejabat kerajaan.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @eyrdaabdulsalam, gerai tersebut yang terkenal dengan burger-burgernya yang sedap dan famous, telah memperkenalkan sistem ini disebabkan permintaan pelanggan yang sangat tinggi.

image is not available
Gerai Burger Tepi Jalan Di Sabah Guna Sistem Panggilan Nombor Tarik Perhatian Netizen

Sistem ini turut mengumumkan pesanan, dengan mengucapkan frasa-frasa seperti, “Burger anda sudah sedia” untuk memaklumkan pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata,

“Hanya di Semporna gerai burger perlu guna sistem nombor. Burger mereka memang sedap sangat,” ujar segelintir netizen menerusi komen.

“Dulu bos boleh ingat semua pesanan tanpa perlu nombor, memang hebat, tapi zaman dah berubah,” kongsi seorang pelanggan lain.

Baca juga artikel yang berkaitan: