
Berita baik buat pencinta bakso!
Gerai Ina Bakso Singkawang Kini Buka Cawangan Terbaru Di Taman Sri Wangi. Buat pencinta bakso dari Gerai Ina Singkawang, cawangan terbaharu mereka kini dibuka di Taman Sri Wangi, Jalan Matang!
Bagi penggemar makanan Indonesia, terutamanya bakso, Gerai Ina Bakso Singkawang adalah tempat yang wajib dikunjungi. Dengan cita rasa yang autentik dengan menggunakan resipi asli dari Indonesia, gerai ini dikatakan antara kedai yang menjual bakso terenak di Kuching!

Kini, dengan pembukaan cawangan terbaru mereka di Taman Sri Wangi, penduduk Kuching dan pengunjung dari sekitarnya dapat menikmati hidangan yang sama.

Antara hidangan ‘best seller’ mereka di sini semestinya bakso! Menariknya di sini, anda boleh memilih pelbagai jenis hidangan bakso antaranya ialah bakso ganda, bakso luar biasa, bakso mercun, bakso bakar dan banyak lagi!

Hidangan seperti nasi ayam penyet pun ada dihidangkan di sini. Digabungkan bersama air extra joss minuman kegemaran warga Indonesia. Fuh, mantap!
Lokasi: Taman Sri Wangi (Depan Masjid Al-Quddus)
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

