Gerai Jagung Bakar Warga Asing Disita

23 Apr 2024 • 12:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar FB DBKL

Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyita pelbagai barangan dan peralatan milik warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar stesen LRT Ampang/Saloma Bridge di Jalan Saloma.

Tindakan itu diambil mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

Antara barangan yang disita adalah jagung, papan alas, dapur panggang dan rak plastik 

Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya. - Getaran, 23 April 2024

@getaranmy Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Penguatkuasaan dan Sitaan di sekitar kawasan LRT Ampang / Saloma Bridge, Jalan Saloma. Sumber: DBKL #getaranmy #semasa ♬ Moment of Truth - Carlos Estella