Gerai Jualan Prasyawal Fama jadi lubuk rezeki 19 usahawan IAT

9 Apr 2024 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Gerai Jualan Prasyawal anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di daerah ini dari 3 April dan berakhir hari ini (Selasa) menjadi lubuk rezeki buat 19 usahawan industri asas tani (IAT).

IAT menyertai program tersebut dengan mempamer dan menjual ratusan jenama produk biskut raya mereka sendiri pada harga berpatutan.

Pegawai Fama Ranau, Mohd Rahman Rafael Raya ketika ditemui berkata tapak jualan di pekan Ranau dibuka dari pukul 8 pagi hingga 4 petang setiap hari.

“Setiap tahun menjelang Ramadan, Fama memberi ruang dan peluang kepada usahawan berdaftar dengan Fama di daerah ini terutama kepada mereka yang mempunyai bengkel membuat biskut sendiri,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Tambahnya, dengan kemahiran yang ada, usahawan berjaya meningkatkan pendapatan dan ruang ekonomi baharu.

“Usahawan termasuk yang mendapat latihan atau kursus daripada Jabatan Pertanian, Peladang, Mardi dan agensi lain akan diberi peluang,” jelas Mohd Rahman.

Menurutnya, ramai usahawan IAT berminat untuk melibatkan diri bagi menjual produk masing-masing namun terhalang kerana ruang tapak di Gerai Prasyawal terhad.

Turut hadir di tapak gerai Prasyawal ialah Pegawai Unit Pemasaran Industri Asas Tani Ranau, Hasin Abas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.