Gerai Mercun Terbakar, Lima Kenderaan Musnah

11 Feb 2025 • 11:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gerai Mercun Terbakar, Lima Kenderaan Musnah

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.

Beliau berkata 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua motosikal.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,” katanya.

Sumber: BERNAMA