Gerai Pisang Goreng Taman Tun Dr Ismail (TTDI) II telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik @ Lembah Klang

Opinion
6 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Gerai Pisang Goreng Taman Tun Dr Ismail (TTDI) II telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik @ Lembah Klang
Dr. Zul dan Zarina berbaris untuk membeli pisang goreng di Gerai TTDI. Foto: Zana

Sejak dari usia kanak-kanak lagi saya sangat gemari makan pisang goreng sebagai snek minum petang kerana kombinasi tekstur dan rasa yang sungguh unik. Hakikatnya, terdapat tekstur kontras kombinasi luaran tepung yang rangup dan bahagian dalam pisang yang lembut. Saya amat suka rasa seimbang yang menggabungkan rasa manis semula jadi pisang dan rasa sedikit masin daripada adunan tepung. Kepelbagaian jenis pisang seperti pisang abu, nipah, pisang tanduk, atau pisang raja. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal kicap pedas (citarasa gaya Johor dan Selangor) atau sos cili.

Sebagai anak kelahiran Negeri Perak, saya tahu kedai ikonik di Perak terkenal kerana menggunakan Pisang Berangan penuh (bukan dipotong kecil) yang memberikan aroma wangi dan rasa sangat manis, selain penggunaan Pisang Abu yang rangup dan tidak kelat. Perak merupakan perintis kepada inovasi pisang goreng sejuk beku (frozen) komersial pertama, memudahkan orang ramai menikmatinya pada bila-bila masa dengan kualiti yang kekal rangup. Seorang usahawan di Ipoh, Azmir Shah Amir, berjaya menghasilkan pisang goreng sejuk beku yang mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.

Image from: Gerai Pisang Goreng Taman Tun Dr Ismail (TTDI) II telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik @ Lembah Klang
Selain pisang goreng, Gerai TTDI menawarkan cekodok pisang yang penuh rasa buah, tauhu bergedil, keropok lekor panas, dsbnya. Foto; Zarina

Amir Shah menyatakan bahawa “idea untuk menghasilkan produk pisang goreng sejuk bekuitu tercetus semasa saya menyediakan bekalan pisang kepada peniaga pisang goreng dan restoran di Perak dan Selangor. Peniaga berdepan masalah kerana pisang tidak boleh disimpan lama. Ini membuatkan saya terfikir untuk menghasikan pisang goreng sejuk beku yang boleh tahan selama enam bulan, disimpan dalam peti sejuk dan rasanya masih kekal enak.”

Image from: Gerai Pisang Goreng Taman Tun Dr Ismail (TTDI) II telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik @ Lembah Klang
Dr. Zul menyatakan “Tarikan utama gerai legenda jalanan warisan tradisi ini di TTDI ialah Goreng Pisang Tanduk gergasi dan cecodok pisang yang sangat wangi dengan rasa pisang tulen.” Foto: Zarina

Di Kuala Lumpur, keistimewaan pisang goreng di TTDI amat terkenal kerana kualiti premium dan adunan tepungnya yang kekal rangup berjam-jam. Gerai ini sangat terkenal dengan potongan Pisang Tanduk yang besar, manis, dan bertekstur padat, selain Pisang Abu gred premium yang lembut di dalamnya tetapi tidak lembik apabila digoreng. Adunan tepung rahsia peniaga di sini menghasikan salutan yang sangat nipis, rapuh & tidak serap minyak berlehihan.

Saya perhatikan masa depan gerai pisang goreng di TTDI sebagai satu simbol keharmonian antara makanan jalanan warisan tradisi & pemodenan urban.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.