Muzik video terbaharu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Kesuma menerima pelbagai reaksi selepas dilancarkan malam semalam.
Lagu ciptaan Aisha Retno itu dipuji mempunyai melodi yang kuat, susunan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden, selain menampilkan kekuatan vokal Siti seperti biasa.
View this post on Instagram
Namun, di sebalik pujian terhadap lagu tersebut, segelintir peminat mula mempersoalkan sama ada konsep visual yang ditampilkan dalam muzik video itu dilihat terlalu selesa dengan formula lama.
Menerusi ruangan komen, ada peminat yang mengakui masih menyokong Siti, namun merasakan visual muzik video Kesuma seakan mengulangi gaya persembahan terdahulu.
Seorang lagi pengguna media sosial turut berpendapat penyanyi nombor satu negara itu mungkin perlu bekerjasama dengan pasukan kreatif baharu bagi membawa pembaharuan dalam karya visualnya.

“Ctdk perlu kerjsama dgn team yg kreatif dan inginkn pembharuan. Semua sama je, dari baju, lagu, fashion, praembhn, music video. Huhu. Berpuluh thun mcm tu je. Yg pling mengecewakn, bila feedback tk di pandang, nnti ckp tak best, kita pulak disuruh menyanyi oleh supporters dia. Jadi, terpulang lah ek. Mmg tk minat.”
Walaupun begitu, perbincangan tersebut dilihat lebih kepada pandangan peminat yang mahu melihat pembaharuan daripada Siti, terutama apabila lagu Kesuma sendiri membawa potensi besar dari segi muzik dan vokal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Harap Dia Kembali Kepada Saya Saat Masih Hidup" - Nourul Depp
The post “Gerakan Tangan Berlebihan, Tiada Hala Tuju” – MV Kesuma Siti Nurhaliza Dikritik Ramai? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

